Saturday, April 2, 2011

Erti Sebuah Persahabatan...

Erti persahabatan tak pernah lupus,meskipun nilai-nilainya pudar dibawa arus masa.. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita ... Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaianmasalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang dirikita hingga kadang- kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Bolehkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu....... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu. Renungilah......

Tuesday, March 22, 2011

Anak Buah Aku Nie....

 mat chahir....
de rope pak tam nye x???
die nie aje gemo merosah org.......budak nye ckup nakal...
ish2...
tp budak nie sentiasa ceria....seronok melayan nye...

Time Untuk Bertenang.....

 nie bun....name senO nye hamirul....
time nie layan betul die karOk....
ish2....
feel abih 2....
sampai tutup mata...
hahhahahha

nie apih....org nye pendek je...
tp dpt die karOk mau aje....
feel juge nie.....sampai pejam mata nye....
hahhahahahah

Bergambar bersama Pengantin

ini lah gambar sukacuci service bersama pengantin....hehehehe...

ceria n gembira mereka semue.......walaupon dalam keletihan membuat kerje masing2...
tapi tetap ceria di depan kemera....itu lebih nye mereka nie....
hehhehehe...

Semasa Majlis Kahwin Kakak Aku...

ini le group basuh pinggan time 2 sukacuci service kate nye.....hensem2 smue....hehhehehehe

Bertungkus lumus deme nyiap n mnyetel kan smue kje.....hehhehehe...
tambah2 agi yg pakai cap belah kanan 2...basuh kuali cukup reti....bgus2...ilang itam kuali 2...

Sunday, March 20, 2011


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Ulang Chorus
Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)

http://www.lizarazak.com/2011/02/lirik-insya-allah-%E2%80%93-maher-zain-versi-melayu/